Sabtu, 18 Agustus 2012

Sinopsis: INSANULKAMIL ISLAMIC CENTRE






INSANULKAMIL ISLAMIC CENTRE

Alasan ditubuhkan
      Memperhatikan keadaan semasa masih banyak di kalangan masyarakat muslim yang tidak boleh membaca al-Quraan dengan baik dan memahaminya. Dengan pelbagai alasan-alasan tertentu di antaranya faktor masa, tempat belajar, tenaga pengajar, kos pembelajaran dan sebagainya.
      Al-Quraan adalah panduan hidup umat Islam dan termaktub dalam Rukun Iman yang ke tiga, mempelajari dan mengamalkannya adalah suatu kewajiban (Fardhu ‘ain) yang disyariatkan kepada setiap individu muslim. Oleh kerana itu apapun alasannya tidak dapat menggugurkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah S.W.T. itu. Bagi mereka yang mengabaikan tuntutan syariat tersebut akan terjatuh dalam lingkaran berdosa besar. Kerana itu perlu adanya suatu badan khas bagi mengatasi masalah tersebut.
      Persatuan PENGAJIAN AL-QURAAN & SOSIAL KEBAJIKAN INSANULKAMIL BANGI-SELANGOR ditubuhkan untuk membantu individu dan masyarakat muslim umumnya yang berkeinginan mempelajari al-Quraan dan mendalami kefahaman tentang ilmu-ilmu Islam. Pihak insitusi menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat, masa belajar, lokasi belajar, tenaga pengajar, pengorganisasian pembelajaran dan aktiviti keagamaan serta kemudahan-kemudahan lainnya. Program diadakan secara percuma. Mengingat tugas tersebut adalah kewajiban kita semua, agar terlaksananya dengan baik pencapaian yang hendak dijalankan pihak pengurusan sokongan Puan/Tuan sangat kami aluh-aluhkan.

Visi dan misi
§  Menjana masyarakat Rabbani berteras al-Quraan dan Sunnah.
§  Mengeratkan hubungan persaudaraan antar sesama muslim saling mengasihi, tolong-menolong dan semangat persefahaman.
  
Objektif 
§  Meninggikan syiar Islam
§  Membudayakan nilai-nilai Islam dalam bermasyarakat.
§  Meningkatkan kefahaman tentang pengetahuan Islam di setiap lapisan masyarakat dan generasi.

Program 
§  Pengadaan ceramah-ceramah agama di surau-surau program khusus Sabtu-Ahad.
§  Pembentukan Tim Remaja Rabbani bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.
§  Program Aulad Muslim khusus anak-anak berumur 6-12 tahun bagi membina anak yang soleh dan soleha.
§  Perkhidmatan tenaga pengajar al-Quraan bagi individu yang ingin belajar di rumah, pejabat dan lain-lain lokasi.
§  Menyediakan tempat dan kelas pembelajaran al-Quraan khusus Sabtu-Ahad secara percuma terbuka kepada masyarakat umum bagi dewasa dan kanak-kanak.
§  Mengoraganisasikan sukarelawan bagi membantu kerja-kerja dakwah dan sosial kebajikan.
§  Mengadakan kerja-kerja sosial amal seperti pembersihan tempat-tempat ibadah dan rumah-rumah penempatan anak Yatim. Sokongan ke atas Pusat-pusat pembalajaran Tahfiz al-Quraan.
§  Bimbingan rohani dan motivasi al-Quraan di sekolah-sekolah
§ Pengadaan tempat pengajian bagi daerah  atau kawasan yang belum terbentuknya kelas pembelajaran al-Quraan dengan baik.

Minggu, 20 November 2011

Faktor-faktor mempengarhui perkahwinan lewat wanita di Malaysia


Pengenalan
Suatu kajian dijalankan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkhawinan lewat di kalangan wanita Malaysia. Subjek kajian terdiri dari 160 sampel yang diklasifikasikan kepada dua kategori sampel  mereka yang berkahwin awal 80 sampel dan  80 sampel lainya wanita yang terlambat menikah. Kajian tersebut menggunakan empat jenis alat ukur pentadibran kajian menggunakan The Statisfaction with Life Scale  untuk kepusasan hidup, Culture-free  self-esteem dan untuk dewasa (From AD) menguji penghargaan  kendiri Multidimensional Scala of  Perecieved Social support untuk  sokongan sosial dan rasa tanggung jawab keluarga.

Faktor yang dijankakan penyebab perkahwinan lewat

1.      Tempat tinggal. Kajian menunjukkan terdapat pebezaan sigiifikan dari segi tempat tinggal antara wanita nikah lewat dan wanita nikah awal. Didapati wanita yang hidup di Bandar  cenderung berkahwin lewat. Hal ini dijangkakan mempunyai pengaruh tersendiri bagi wanita ketika henak berkawhin. Wanita di bandar lebih mementingkan materialistik dimana faktor seperti tempat tinggal dan kewangan lebih penting daripada pasangan. Mereka kebanyakan cenderung berpikiran merasa tidak boleh meneruskan pernikahan tanpa terjamin aspek material terlebih dahulu. Hasil ananilisi data menunjukkan 78.7 % wanita di Bandar didapati terlambat berkahwin dan 21.2 % didapati pada wanita yang tinggal di luar Bandar.

2.      Pendidikan. Faktor pendidikan memiliki hubungan yang signifikan dalam mempegaruhi keterlambatan wanita di Malaysia berkahwin. Kajian menunjukkan wanita yang memiliki pendidikan tinggi rata-rata terlambat menikah yang mencapai umur 30 tahun ke atas. Jadwal hasil taburan skor yang dikaji mengikut kategori pendiikan subjek dari  Sekolah Menenga Rendah hingga Universiti. Frekuensi menunjukkan sebagai berikut:

Taraf  Pendidikan
Berkahwin lewat%
Berkahwin awal%
Sek. Men. Rendah
7.5
32.5
Sek. Men. Tinggi
7.5
38.75
Tingkatan enam
7.5
8.75
Diploma
16.25
12.5
Ijazah
61.25
7.5

3.      Peranan dalam keluraga. Tangungjawap keluarga juga termasuk faktor yang mendominasi banyak di kalangan wanita di Malaysia terlambat kahwin dikeranakan ini. Daptan kajian menemukan terdapat hubungan yang sifnifikan antara tanggungjawap keluarga dengan keterlambatan menikah. Faktor-faktor ini berpunca seperti bilagnan adik beradik, tanggung jawap ekonomi dalam menutupi keperluan keluarga. Jumlah frekuensi wanita yang memiliki tanggungjawap kuarga yang terlambat menikah didapati pada mereka yang berekonomi kurang mampu angka mencapai  57.3%  di temui pada wanita yang kebanyakan memiliki ramai adik beradik

4.      Faktor pasangan. Didapati banyak  wanita yang terambat berkahwin dikarenakan sukar menemukan pasangan yang istimewah atau pilihan hatinya. Keputusan kajian mendapapti terdapat hubungan yang signifikan dari segi faktor orang istimewah  di antara wanita yang kahwin lewat  dan dewasa yang kahwin awal pada 30 tahun ke atas. Kajian ini memerincikan faktor pasangan ini banyak berpunca dari gaya hidup, peranan sosial masyarakat  dan termasuk pengaruh sokongan keluarga. Kaum wanita di bandari kebanyakan memilih pasangan yang punya pekerjaan bagus,  gaji besar dan dan yang jelasnya dapat menutupi keperluan dari segi ekonomi. Perkara ini kebanyakan di dapati pada wanita-wanita yang hidup di Bandar. Meski dadar frekuensi tidak terlalu tinggi yang hanya mencapai 13.4 %  dan hanya 6 % wanita yang tinggaal diluar Bandar.


Pembahasan

Banyak di kalangan wanita yang hidup di Bandar mengalami keterlambatan menikah di antara faktor-faktor pengahalangnnya seperti yang telah disebutkan di atas. Perkahwinan lewat dapat menjejaskan dan memberi pengaruh ke atas pertumbuhan penduduk  di mana jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci Penduduk tahun 2000 hanya  23. 27 juta berbanding dengan tahun 1991 yang hanya 18.38 juta.  Berdasarkan perkiraan ini pertumbuhan penduduk Malaysia  purata  tahunan hanya mencapai 2.6 % untuk tempoh 1980-1991  yang juga mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan 2.6 %.  Dengan kadar pertumbuhan sebanyak itu mengalami kemerosotan  dan akibatnya kekurangan tenaga dalam membangunkan bangsa. Kaum wanita terkadang sering mengabaikan perkahwinan dengan alasan bermacam-macam terutama sekali masalah kebebasan. Tidak mahu terikat dengan suami, mengurus anak, dan hal-hal lainnya. Jika masalah ini tidak diatasi dengan sebaik-baiknya terutama sekali memperbetulkan gaya hidup dan pola pikr kaum wanita maka dijangkan kemerosotan pertumbuhan akan terancam dan ini membahayakan bagi kelangsungan hidup manusia itu sendiri.

Refrensi
Data diambil dari tesis “ Faktor-faktor yang mempegnaruhi perkahwinan lewat di kalangan wanita Malaysia”.  Chew Yen Ni. Pustaka Jabatan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malyasia, 2006.

Kamis, 17 November 2011

Media Malaysia pujikan keramahan Palembang "Kite orang Melayu sama Saje"


Biaronews, KL. Penuturan wartawan Harian Metro mencoretkan segudang kisah dan pengalaman semasa meliputi berita SEA Games 2011  Jakarta-Palembang. Harian kenamaan Negeri  jiran itu memeberi pujian atas keramahan dan rasa solidaritas para penduduk setempat .  Sebgaimana di tuturkan Aizman salah seorang wartawan dalam rubrik pojok Harian Metro, 16 Nov 2011 yang berbunyi sebagai berikut:

“Terubat rasanya rasa rindu terhadap tanah air apabila di dekati warga Palembang yang cukup peramah. Penduduk sekitar melayani dengan baik dan memiliki toleransi yang tinggi. Ada yang mengajak kami berborak-borak dan mahu mengetahui gaya hidup orang Melayu Malaysia. Walaupun dalam kesibukan ke sana ke mari di stadium Jaka Baring, saya tetap melayani terkadang hanya senyum.  Menurut mereka ‘Orang Malaysie (Malaysia), Wong Kito Galo,’ yang membawa maksud ‘Orang Malaysia orang kita juga’.  “Kekok  pula mendengar dialek Melayu Malaysia yang menjadi penuturan penduduk sini.  Orang Palembang , bahasa Indonesia mereka berbeza dengan penduduk lain karena lenggok bahasa seperti bahasa Minang di Negeri Sembilan Malaysia”. Begitulahkatanya.

Meskipun memiliki budaya bahasa yang sama menurut pengakuan wartawan tersebut  ada kelainan dari segi makanan.  Mungkin faktor ketidakbiasaan dengan ala masakan Palembang menurut pengakuan wartawan tersebut makanan susah untuk melewati kerongkongannya.  Perbedaan-pebedaan antara satu sama lain bukanlah untuk membuat kita saling menjauh dan terpecah belah tapi justeru sebaliknya.  SEA Games merupakan ajang olahraga  ASEAN dalam meningkatkan tali persahabatan dan saling memahami budaya satu sama lainnya. Karena setiap budaya, tradisi dan golongan memiliki kelebihan  dan kekurangan masing-masing. Dengan demikian diharapkan kita dapat saling berbagi dan saling melengkapi. 

Sabtu, 12 November 2011

Dilarang jatuh cinta di Facebook


“dilarang” merujuk kepada kamus Dewan/kamus B. Inonesia yang berarti tegahan, larangan, cegahan dan lain sebagainya. Dilarang dalam arti di sini ialah menegaskan atau mengingati kepada pengguna facebook hendaklah menjaga kode etik yang telah dipatuhi sewaktu  pendaftaran bermula ketika mulai menggunakan layanan jasa Facebook. Tidaklah ditegah untuk menyukai seseorang atau pun memendam rasa kepada pemilik sebuah profil. Namun, jangan sampai menimbulkan keresahan pemakai  jasa lainnya. Kenapa dikatakan demikian?

Banyak kasus yang terjadi ketika ada seseorang yang menaruh minat pada profil yang ia sukai sementara orang tersebut tidak begitu melayani atau bersikap acuh tak acuh. Apa yang terjadi? si jatuh cinta tadi berlaku seenaknya untuk  membalas sakit hati karena cintanya bertepuk sebelah dada. Cara-cara yang sering dipakai si pelaku untuk menjahati seperti berusaha menutup account Facebook, memblokir, melaporkan dengan yang tidak sesuai, membuat Facebook palsu dengan menduplikasikan nama orang yang hendak disakiti kemudian ditulislah komentar yang bukan-bukan. Padahal FB tersebut bukanlah asli orang yang punyanya, hanya gambar profilnya saja. Dengan demikian orang yang dikerjain itu dipermalukan, tersakiti dan tentu merasa kecewa.

Facebook telah memberi undang-undang yang cukup ketat demi menjaga keamanan, ketenteraman pengguna. Walau seketat apapun undang-undang yang dilakukan jika tidak ada kesadaran peribadi pengguna maka tidak akan juga terwujud kesadaran yang sebenarnya. Kesadaran yang membawa ketenteraman bersama. Jadi inti dari pesan atau saran yang ditulis oleh penulis ini agar supaya setiap pengguna jasa Internet pada umumnya dan facebook khususnya jagalah etika dan kehormatan diri anda sendiri sesuai dengan kepercayaan agama masing-masing.  Meskipun orang lain tidak mengetahui siapa anda karena faktor ruang yang mengelabuhi penglihatan tapi yakinlah Tuhan tau, dan mengetahui tindak tanduk anda. Oleh karena itu perlu dicamkan.

Kemudian  selanjutnya juga disarankan kepada pengguna internet  jadikanlah sarana ini untuk menggali potensi dan menjadikan internet sebuah manifestasi membuat perubahan kepada yang lebih baik. Bukan untuk menipu, mencuri, mengelabuhi dan menyebarkan kabar bohong atau gambar bogel. Ada sebagian orang merasa bangga dengan berbuat demikian, begitu merasa terhormat dan beradab padahal diukur dari segi kebenaran apapun perbuatan tersebut jelas-jelas begitu hina dan menjijikkan. Itu semua hanayalah kesombongan nafsu dan rendahnya jiwa manusia tersebut yang belum mencapai peringkat manusia yang sebenarnya. Wujudnya berbentuk menusia tapi akal dan hatinya masih setaraf dengan makhluk tuhan yang lebih hina lainnya. Apakah ini yang harus dibanggakan?.

Saya rasa, tidak. Manusia di jadikan memiliki dua potensi 50-50 tinggal mana yang paling banyak mempengaruhi perjalanan hidupnya. Mulai ia dilahirakan sapailah meninggal dunia. Jika selama hidup banyak  kekutan-kekuatan sebelah kiri yang didukung dan diikuti, besar kemungkinan oang akan termasuk dalam golongan kiri. Begitu juga sebaliknya. Kita manusia yang lemah suatu saat nanti kita akan mati, ilmu dan kepintaran yang kita miliki laksana patukan pipit di atas lautan luas berbanding ilmu yang punya ilmu. Kehebatan dan kecerdasan akan berakhir di liang kubur. Tawa dan kegembiran akan disenyapkan oleh tarikan maut.

Belajar tinggi-tinggi ilmu informatika, teknik komputer, pintar membuat hosting, domain, desain dan segala-galanya. Tapi disalurakan pengetahuan tersebut dengan jalan yang tidak begitu terhormat baik di mata manusia apalagi di mata tuhan. Kan rugi.
Ingat...! sekecil apa pun perbuatan yang anda lakukan pasti anda akan mendapatkan hasilnya. Pasti...yakinlah. Oleh karena itu melalui pesan yang sederhana ini bukan untuk menggurui Cuma ingin sekali berbagi demi wujudnya kedamaian di muka bumi ini terutama sekali di permukaan hati setiap manusia, anda dan saya.  

Kamis, 03 November 2011

Psikologi Motivasi di tempat kerja: Aplikasi teori Atribusi Heider


Menurut pengasas teori ini Heider, tingkah laku di tempat kerja diterangkan dengan konsep lokus kawalan atau locus of control. Perkataan lokus berasal dari bahasa Yunani yang bermakna ‘tempat’. Dari perkataan lokus inilah terbitnya perkataan lain seperti local dan lokasi. Bagi menerangkan teori lokus kawalan, scara mudahnya, apabila berlaku perkara yang tidak diingini, ataupun ada masalah, siapakah yang disalahkan: diri sendiri atau orang lain?
Apabila seseorang itu menyalahkan dirinya sendiri, dia dikatakan mempunyai lokus dalaman, manakala apabila ia menyalahkan orang lain, dia dikatakan mempunyai lokus luaran.  Penjelasan mengenai teori ini menerangkan tentang erti ‘pertanggungjawaban’ yakni siapa yang bertanggungjawab. Sesetenggah individu cenderung menyalahkan faktor-faktor luaran apabila ada sahaja perkara-perkara yang tidak betul berlaku. Tingkah laku lokus luaran mempunyai perkaitan erat dengan kegagalan dan rasa tidak puas hati.

Lokus kawalan dan kerjaya.
Kajian mendapati lokus kawalan mempunuyai perkaitan dengan kejayaan di tempat kerja mahupun dalam perhubugan interpersonal. Individu-individu yang mempunyai orientasi lokus dalaman atau internal locus lebih berjaya dan hidup lebih bahagia daripada mereka yang mempunyai orientasi lokus luaran (external locus). Salah satu cara mendorong orang bahawa mengubah tingkah laku mereka adalah dengan menerangkan kepada mereka perkaitan antara lokus kawalan dengan kejayaan mahupun kegagalan. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu tugas, dia mepunyai tanggapan;
a.      Usaha ini harus berada dalam kawalannya sendiri.
b.     Hasil usahanya itu dikawal oleh faktor-faktor luaran yang tidak dapat dikawal olehnya.
Hasil kajian menunjukkan terdapat kakitangan yang mempunyai orientasi dalaman menunjukkan ciri-ciri berikut:
a.      Lebih berpuas hati dengan pekerjaan mereka.
b.     Cenderung bertugas di peringkat pengurusan.
c.      Lebih menyukai gaya pengurusan demokratik dan partisipatif.
d.     Sebagai pengurus memiliki keberkesanan dengan apa yang ia kerjakan.

Lokus kawalan dan kepuasan
Lokus kawalan amat mempengaruhi emosi. Disebabkan individu yang mempunyai orientasi lokus luaran mudah menyalahkan orang lain apabila ia timpah masalah atupun gagal, dia melihat dirinya sebagai tidak bersalah, sebaliknya dia adalah mangasa kepada apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain.  Tanggapan seperti ini menyebabakan individu tersebut mahu supaya pihak-pihak lain itu mengubah sikapp dan tingkah laku mereka, manakala dia sendiri tak perlu berubah. Lokus luaran mempunyai kesan negatif kepada hubungan interpersonal. Disebabkan  seseorang itu suka menyalahkan orang lain, dia merosakkan hubungan baiknya dengan orang lain.

Atribusi
Dari asal perkataan attribute dan attribution yang bermakna sifat ataupun ciri. Teori atribusi  lazimnya sukar difahami, tetapi sebenarnya teori ini amat simpel. Teroi atribusi mengatakan, manusia sentiasa cuba utnuk memahami dan menerangkan sikap dan tingkah laku manusia-mansuia lain. Ddalam poses cuba memahami kenapa orang lain berkata begitu ataupun berbuat begini, kita membuat bergam andaian ataupun persepsi yang cuba kita fahami sendiri. Dalam menilai tingakh laku dan niat orang lain menurut teori ini individu tersebut berpandukan:
1.     Apa yang ia ketahui tentang orang tersebut.
2.      Dengan membandingkan individu tersebut denagn orang lain yang menyerupai atau memiliki kemiripan baik dalam sikap mahupun yang lainnya.

Menurut penjelasan teori ataribusi Heider, tingakah laku seseorang itu didorong oleh kombinasi tanggapan ke atas faktor-faktor luaran dan dalaman. Faktor-faktor dalaman adalah berkatian secara langsung dengan ciri-ciri peribadi seperti bakat dan kebolehan kemahiran dan daya usaha. Faktor-faktor luaran barkait scara langsung dengan perkara-perkara dalam persekitaran.  Untuk menghindari dari bias dan anggapan negatif dalam meniali sikap dan tingkah laku orang lain hendaklah individu itu mengetahui melalui dua faktor peyebab tersebut dan tidak langsung memberi pelabelan sehingga menimbulkan keslahfahaman dalam membuat penilaian.

Pakar-palar psikolog mendapati cara-cara individu menilai roang lain dipengaruhi sama ada berdarkan faktor-faktor luran atau dalaman. Meurut displin psikologi apabila seseorang itu menilai orang lain cenderung melalui faktor dalaman maka ia berkemungkinan besar positif.

Kesepakatan: serupa seperti orang lain

Teori lokus kawalan mengatakan, apabila individu itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adat dan kebiasaan, kita cenderung mengatakan perbuatan itu disebabkan oleh sifat-sifat peribadinya sendiri, atau di sebut dorongan dari dalam. Apabila seseorang itu melakukan perbuatan sesuai dengan adat dan kebiasaan maka orang cenderung mengatakan perbuatan itu disebabkan oleh faktor-faktor luaran atu persekitaran. 

Konsisten: serupa sepanjang waktu

Apabila seseorang itu menilai perbuatan individu lain dan bertanya, “adakah orang ini sentiasa berbuat  begitu dalam keadaan-keadaan yang serupa?” apabila jawapannya “ya”  ia mengtakan perbuatan tersebut berpunca dari factor dalaman. Dan apabila “tidak” dikatakan tingkah laku terseut disebabkan faktor luaran.

Amat berbeza: serupa sahaja walaupun dalam situasi berlainan

Walau bagaimanapun seseorang itu cuba memahami dan mengetahui individu-idividu lain, ia tak akan mungkin benar-benar mengetahui dan memahami mereka.  Menurut teori ini manusia sentiasa membuat penilaian apabila seseorang itu tetap melakkukan perbuatan yang sama walaupun dalam situasi yang berbeza maka orang akan membuat persepsi perkara itu disebabkan faktor dalalaman.

Atribusi bela diri

Salah satu tingkah laku yang mungkin pada para pengurus merka mempersalahkan orang bawahannya. Menurut pakar psikologi mengenal pasti jenis kesilapan berfikir  yang diistilahkan sebagai kesan atribusi bela diri (defensif).  Seperti kita menyalahkan nasib perkara itu disebabkan kita hendak membela-diri. Gejala atribusi bela-diri ialah kecenderungan seseorang mempersalahkan orang lain atau sesuatu selain dirinya. Perkara ini memiliki sisi baiknya kerana ia boleh menyelamatkan emosi seseorang dari keterpurukan tapi di sisi lain membuat orang itu lambat dalam memperbaiki kesalahan-kesalahannya.

Linner Miller dalam kajiannya mengungkapkan “kita sering beranggapan bahwa apa yang menimpa orang lain tersebut memang ia layak menerimanya”. Tapi menurut pembelaan pakar psikologi bahawa bukan setiap apa yang menimpa seseorang berdasarkan kelaykan justeru terkadang sebaliknya. Contohnya, orang yang terkena musibah bukan sahaja mereka yang pernah melakukan perbuatan buruk bahkan juga menimpa orang yang baik sekalipun.

Menurut Weiten, seseorang itu cenderung membuat penilaian  berdasarkan asumsi yang tidak ia ketahui permasalahan yang sebenar tetapi ia berani mebuat suatu keputusan dalam penilaian.

Kamis, 27 Oktober 2011

Mari belajar seni mengambil keputusan



Pengenalan
Keputusan dalam tinjauan Etimologi dan Terminologi dalam istilah kamus bahasa Arab al-Aqrar  yang berarti menetap di bumi. Imam Kurdi menjelaskan dalam tulisan beliau perkataan aqrar bil haq, yang berarti mengakuinya. Kemudian dalam kitab Mu’jamal Wajiz menambahkan, al-aqrar adalah gagasan yang dilaksanakan oleh orang yang mampu melaksanakannya[1]. Dapat di ambil kesimpulan dari perkataan aqrar (keputusan) secara terminologinya diartikan sebagai “setiap perkataan, perbutan atau ketetapan yang dilakukan oleh orang yang baliq dan berakal berdasarkan kemauannya sendiri”. Itulah definisi keptusan secara singkat.

Macam-macam keputusan
Perkara yang perlu kita kenal terlebih dahulu mengenai keputusan ialah di mana keptusan itu berada dan menyangkut dengan siapa. Adakah keputusan itu melingkupi skop yang luas atau hanya sebatas diri kita sendiri. Dalam hal ini kita akan mengenal macam-macam keputusan yang sering kita hadapi dalam hidup ini mulai dari yang terkecil sampai yang seluas-luasnya.

1.   Keputusan individu. Menyangkut diri sendiri ia tidak menyeret orang lain. Dalam hal ini berarti apa yang akan terjadi setelah keputusan itu diambil, baik dan buruknya ditanggung individu itu sendiri.

2.     Keputusan Masyarakat. Keputusan yang berkaitan dengan orang lain memiliki tanggung jawab yang amat luas. Seseorang itu sukar untuk melaksanakan keputusan ini tanpa ada masyarakat dan mengaitkan orang banyak. Oleh karena itu dalam perkara ini perlulah orang lain dalam membantu membuat keputusan.

3.    Keputusan hati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Semua amal itu bergantung pada niatnya dan setitap orang akan mendapatkan balasan sesuai dengan apa yang ia niatkan…”

4.   Keputusan perkataan. Perkataan merupakan keptusan oleh karena itu berhati-hatilah dengan apa yang diucapkan. Perkataan yang telah keluar mustahil akan ditarik semula.

5.   Keputusan perbuatan. Tindakan yang dilakukan individu merupakan keputusan yang ia ambil demi mencapai hasrat tertentu yang ia niatkan.


Teknik-teknik dalam mengambil keputusan

1.    Linear Programming. Program liner adalah satu teori yang dipakai cara pengambilan keputusan dengan tepat yang diaplikasikan dalam bentuk problem. Poin-poin terpenting yang harus diketahui dalam program liner: Tujuan, dalam keptusan tersebut hendaklah ditentukan tujuan permasalahan. Halangan, rintangan-rintangan yang harus dikenal pasti ketika hendak merealisasikan keputusan. Aturan baku, atau dikenal dengan alogritma iaitu aturan baku yang tidak mungkin diperdebatkan lagi saat keptusan itu diambil. Variabel-variabel. Khususnya menyakut bidang yang lebih luas karena kemungkinan adanya penyesuaian dengan berbagai potensi, kemampuan dan keahlian setaiap oarang.

Setelah mengetahui dan memposisikan keempat poin tersebut di atas kita akan mudah untuk mengetahui kepeutusan yang hendak diambil. Juga dapat menjangkakan akan resiko yang didapatkan setelah keputusan itu. Dengan demikian individu tersebut telah membuat beberapa alternatif dalam menghadapi segala kemungkinan yang terjadi.

2.    Probability Theory. Teori kemungkinan ini menunjukkan suatu kejadian yang hasilnya belum dapat dikenal pasti. Terkadang hasilnya terbatas pada beberapa kemungkinan, adakalanya juga sangat banyak sehingga tak menentu. Contohnya pada lemparan mata dadu yang terbatas angka dipastikan 1-6 tidak lebih dari itu. Tidak mungkin angka 7 yang keluar sebab mata dadu yang terbatas pada angka 6. Teori kemungkinan ini dikenal dengan realistis sesuai dengan kenyataan yang ada. Mustahil orang yang tanpa berusaha bisa mengumpulkan harta.  Menginginkan surga tanpa ibadah. Jadi mengambil kesimpulan dari teori ini bahwa segala sesuatu itu hendaklah diputuskan berdasarkan hukum yang berlaku agar apa yang dicita-citakan berjalan seiring dengan keputusan yang dibuat.

3.     Expected value criterion. Ini bermaksud pemilihan keputusan yang memiliki nilai penguat, karena menuntut penetapan nilai tertinggi untuk mendapatkan keuntungan. Cara dalam mengambil keputusan memakai kaedah ini dengan melihat sejauh mana keuntungan yang ia dapatkan dengan apa yang ia krobankan. Contoh. Sebidang tanah di hargai satu juta dolar sementara di tanah tersebut terdapat apartement yang disewakan, juga ada tanah lapang yang sering disewa untuk pameran  dan kegiatan-kegitan masyarakat lainya. Berdasarkan cara ini individu tersebut mempertimbangkan kalau tanah tersebut di jual uang satu juta dolar yang ia dapatkan setelah itu tidak mendapatkan apa-apa lagi. Tapi kalau dibiarkan saja hanya mendapati hasil yang sedikit tetapi berterusan. Dalam mengambil keputusan mengikut kaedah ini individu tersebut hendaklah mempertimbangkan resiko dan tujuan jangka panajang.

4.   Aspiration-level criterion. Jenis pengambilan keputusan yang tidak berhubungan dengan pertimbangan antara besarnya mamfaat dan minimnya beban. Dalam cara ini ditekankan bukan hanya melihat besarnya mamfaat suatu keputusan yang akan diambil tapi bebannya juga harus dipertimbangkan. Efek samping hendaklah menjadikan standar dalam mengmbil keputusan. Seperti membeli barang mewah, yang dipertimbangkan pajaknya, nilai jual kembali, susut dan lain sebagainya. Bukan hanya berkemampuan membeli saja.

5.    Most likely future criterion. Cara menyelesaikan keputusan dengan cara ini ialah berkaitan dengan hal yang akan terjadi walaupun perkara tersebut hanya sebatas menduga-duga saja. Seseorang yang tidak memiliki informasi yang cukup dalam hal yang hendak ia putuskan merupakan suatu kesalahan. Untuk itu jika ingin membuat keptusan terhadap perkara yang belum dikenal secara pasti alangkah lebih baiknya mencari banyak informasi tentang hal terkait.

6.   Principle of insufficient reason. Perinsip ketidakcukupan alasan jenis keputusan ini diambil ketika tidak tersedia informasi yang lengkap mengenai suatu perkara. Dalam hal ini keptusuan diambil dengan menduga-duga tetapi hendaklah meminimkan resiko yang akan terjadi dengan meperediksi keuntungan tertinggi dan beban terendah. Cotoh seorang yang hendak mengadakan pesta mengundang 100 orang jika makanan yang disediakan hanya mencukupi orang yang dijangkakan kemungkinan besar akan terjebak dalam permasalahan kekurangan makanan. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Masing-masing hendaklah disesuaikan dengan tujuan, potensi dan keperluan yang hendak dipenuhi.

7.    Minimaks criterion. Kaedah ini lebih menekankan bagaimana  kita memilih keputusan yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang buruk, karena mau tidak mau, ia akan menghasilkan kerugian. Individu dalam kondisi seperti ini, biasanya akan ditimpa keputusasaan dan kehilangan kontrol dalam mencari solusi yang lebih bijak. Sehingga krugian yang akan ditanggung berlipat ganda. Solusinya dalam menyelesaikan perkara ini dengan mengambil resiko yang terkecil demi membatasi tingkat kerugian yang lebih besar. Contoh dalam perkara ini ibarat buah Simalakama.

8.      Game theory. Teori pertandingan juga merupakan cara efektif dalam menyelesaikan masalah dan cara tepat dalam mengambil keputusan. Kaedah ini lebih menjuruskan ke arah persaingan kedua-belah pihak. Jika yang satu menang yang satunya akan rugi. Dalam menentukan keputusan ketika terjebak dalam lingkaran permasalahan seperti ini  hendaklah seseorang itu meneliti lebih jauh terhadap sesuatu yang kemungkinan terjadi diluar kontrol. Maka ketika keputusan tersebut dibuat terhadap kemungkinan dan kegagalan yang terjadi tidak menjadi beban karena sudah diramalkan sebelumnya.

9.     Critikal path. Boleh juga dikatakan kaedah garis kritikal yang menjadi pembatas waktu penjadwalan dalam melaksanakan suatu kegiatan. Tujuannya ialah untuk mencapai hasil tertinggi dan meminimalkan kerugian sekecil mungkin. Contohnya anda membut keptusan untuk “SUKSES”. Dalam melaksanakan tercapainya apa yang dicita-citakan tersebut hendaklah anda melakukan suatu cara dan mengarahkan tindakan yang mendukung atas terlaksananya keptususan. Seperti membatasi waktu (disiplin waktu), membatasi pergaulan (komunitas yang mendukung), pengetahuan (pengetahuan yang mendukung kearah yang dicita-citakan) dan lain sebagainya.  Dengan demikian keptusan yang dibuat diiringi dengan realitas yang menjurus ke arah jalan yang hendak dicapai.

Kesimpulan
Demikianlah urain singkat di atas bahwa seni mengambil keputusan termasuk dalam kecerdasan intelektual atau IQ. Karena definisi dari kecerdasan itu sendiri mereka yang dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Oleh karena itu hati-hatilah dalam membuat keputusan disebabkan ia akan berdampak dan mempengaruhi langkah kehidupan anda selanjutnya. Salah langkah, termasuk salah dalam mengambil keputusan yang akan berakibat patal. Sesal dahulu itu PENDAPAT sesal kemudian tiada berguna. Hati-hatilah dengan keputusan karena apa yang anda rasakan saat ini terkadang hasil keputusan anda di masa lalu.




[1] Mu’jamul Wajiz, 469-497, II/725 dalam Mu’jam al-Lukhoh al-Aarabiah  Mesir Publishing.

Rabu, 19 Oktober 2011

JURANG NERAKA lebih dekat pada orang berilmu


Kisah sang Nabi

Suatu hari Musa a.s. sedang berada di tengah-tengah kaumnya memberi peringatan tentang hari-hariNya Allah, hari-hari yang penuh dengan kesengangan dan mala petakaNya. Ketika itu Musa a.s. berkata: “Aku tidak pernah melihat di muka bumi ini seorang lelakipun yang lebih berilmu daripada diriku”. Allah segera memberi wahyu kepada Musa: “Sesungguhnya Aku tahu orang yang lebih baik lagi. Dan Aku tahu di mana orang itu. Sesungguhnya di muka bumi ini ada orang yang lebih tahu daripada kamu. Musa a.s. berkata: “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku kepadanya”. Selanjutnya dikatakan kepa Nabi Musa a.s.: “Bawahlah bekal seekor ikan asin. Di mana saja ikan tersebut hilang, maka di situlah orang tersebut berada. “Musa a.s. bersama muridnya (Yusya’ bin Nun). Musa a.s. membawa ikan tersebut pada sebuah keranjang. Musa dan muridnya tersebut berangkat dengan berjalan kaki sampai disebuah batu karang yang sangat keras. Musa a.s. dan murinya tertidur. Sementara ikan yang berada dalam keranjang bergerak dan melompat keluar lalu terjun kelaut. Allah menahan ombak, sehingga air laut menjadi seperti jembatan buat melintasi ikan tersebut. Musa a.s dan muridnya merasa heran. Mereka meneruskan perjalanan pada siang dan malam harinya yang masih tersisa. Murid Musa a.s. lupa mengingatkan kepada Musa. Suatu pagi Musa a.s. berkata kepada muridnya: “Bawahlah kemari bekal kita. Sesungguhnya kite telah merasa letih karena perjalanan kita ini”. Tetapi Musa a.s. tidak akan pernah letih menyerah sebelum ia sampai di tempat yang diperintahkan. Muridnya berkata: “Tahukah anda ketika kita mencari tempat perlindungan disebuah batu karang tadi, aku lupa menceritakan tentang ikan itu, syaitanlah yang sejatinya membuat aku lupa untuk menceritakannya, ikan itu telah masuk ke laut dengan cara yang sangat aneh.” Selanjutnya Musa a.s. berkata “Kalau begitu itulah tempat yang kita cari.” Keduanya lalu kembali. Keduanya mengikuti jejak mereka semula, sehingga mereka tiba dibatu karang tadi. Musa tiba-tiba melihat seseorang lelaki yang sedang berselimut yang menutupi sebatas bahunya dan itulah Nabi Khidir. Musa a.s. coba mengucapkan salam kepadanya. Khidir bertanya kepada Musa a.s. “Bagaimana mungkin ada salam di bumi ini?” Musa a.s. berkata “Aku adalah Musa.” Khidir kembali menimpali “Musa Bani Isra’il?” Musa a.s. menjawab “Ya”. Khidir berkata: “sesungguhnya kamu memiliki sesuatu ilmu yang telah Allah berikan kepada kamu. Dan aku tidak mengetahuinya. Sebaliknya aku juga memiliki salah satu ilmu Allah yang telah diberikan kepadaku. Dan kamu tidak megngetahuinya”. Musa a.s. berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mau mengajari kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadaku?” Khidir menjawab: ”Sesungguhnya kamu tidak akan bisa sabar besamaku. Bagaimana kamu bisa bersabar atas sesuatu yang kamu belum memilki pengetahuan yang cukup tenga hal tersebut?” Musa a.s. berkata: “Isanya Allah kamu akan mendapti aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam suatu urusanpun”. Khidir berkata kepada Musa a.s.:”Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri yang akan menerangkannya kepadamu”. Musa a.s. berkata: “Baiklah”. Khidir dan Musa a.s. lalu berangkat dengan berjalan kaki menelusuri tepi pantai, ada sebuah perahu melewati mereka. Mereka bercakap-cakap dengan para penumpannya agar mau membawanya. Karena sudah kenal dengan Khidir, mereka lalau membawa keduanya tanpa bayaran. Khidir dengan sengaja mencabut sebuah papan dek perahu tersebut. Musa a.s. berkata kepada Khidir: “Mereka telah membawa kita dengan tanpa bayaran. Tetapi dengan sengaja perahu mereka kamu lobangi, kamu mau menenggelamkan penumpangnya. “Bukankah kamu telah berbuat kesalaha yang besar?”  cuap Khidir “Bukankah aku telah beratak sebelumnya: “Sesungguhnya kamus ekali-kali tidak akan sebar bersamaku”. Musa a.s. berkata: “Janganlah anda menghukum aku dengan kelupaanku, dan janganlah membebani aku dengan perkara yang sulit dalam urusanku.” (Dalam satu riwat dijalaskan tinakan Musa a.s. yang Dpertama memang karena lupa. Seekor burung pipit lalu hinggap di tepi perahu dan mematuk di laut. Khidir lalu berkata kepada Musa a.s.: “Ilmu kita dibandingkan dengan ilmu Allah, adalah ibarat patukan burung pipit  tersebut pada lautan itu”.)
               Selanjutnya mereka meninggalkan perhu tersebut. Saat mereka sedang berjalan di tepi pantai, tiba-tiba ada seorang anak remaja sedang bermain-main bersama beberapa temannya. Khidir memegang kepala anak itu, menggandeng tangannya, lantas membunuhnya. Musa a.s. berucap: “Mengapa anda membunuh jiwa yang masih bersih itu? Sesungguh nya kamu telah melakkukan sesuatu yang mungkar.” Khidir berkata: “Bukankah sudah aku katakana bahwa kamu tidak akan sabar bersamaku? Ini sudah keterlaluan daripada yang pertama.” Selanjutnya Musa a.s. berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sekali lagi, maka tak akan ikut bersama. Sesungguhnya anda telah cukup pengertian kepadaku”. Mereka meneruskan perjalanan. Ketika mereka sampai ke suatu negeri, mereka meminta dijamu oleh penduduk setempat. Tetapi penduduk negeri itu enggan menjamu mereka. Kemudian keduanya mendapati di daerah tersebut dinding rumah yang hampir roboh. Khidir lalu menegakkan dinding rumah itu. Musa a.s. berkata: “Jika kamu anda mau, anda bisa mengambil upah untuk pekerjaan itu “Khidir mengisyaratkan tangnanya dan menegakkan dinding tersebut. Musa a.s. berata kepada Khidir: “Orang-orang yang kita datangi tidak mau menerima kita sebagai tamu dan tidak mau menjamu kita. Jika kamu mau, kamu  bisa mengambil upahnya pekerjaanmu itu.” Khidir berkata: “ Inilah perpisahan kita. Aku akan memberi tahukanmu tentang perbuatanku yang membuat kamu tidak sabar ke atasnya. Mengenai perahu itu, ia adalah kepunyaan nelayan miskin yang bekerja di laut. Saat pembajak laut melihat perahu itu dalam keadaan bocor, maka ia akan membiarkannya saja. Mereka lalau memperbaikinya dengan sepotong kay. Adapun anak mudah tersebut telah ditakdirkan Allah sebagai orang kafir, sementara orang tuanya sangat mencitinya. Kalau saja ia masih terus bersama orang tuanya niscaya dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan aku ingin agar tuhan mereka menggantikan dengan anak yang lain yang lebih baik kesuciannya dan lebih disayang daripada anak itu. Adapun dinding rumah itu kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu. Dibawahnya ada harta benda warisan milik mereka berdua.”[1]

Cuplikan

1.      Aku tidak pernah melihat di muka bumi ini seorang lelakipun yang lebih berilmu daripada diriku”.
2.      sesungguhnya kamu memiliki sesuatu ilmu yang telah Allah berikan kepada kamu. Dan aku tidak mengetahuinya. Sebaliknya aku juga memiliki salah satu ilmu Allah yang telah diberikan kepadaku. Dan kamu tidak megngetahuinya”.
3.      Khidir menjawab: ”Sesungguhnya kamu tidak akan bisa sabar besamaku. Bagaimana kamu bisa bersabar atas sesuatu yang kamu belum memilki pengetahuan yang cukup tenga hal tersebut?”
4.      Ilmu kita dibandingkan dengan ilmu Allah, adalah ibarat patukan burung pipit  tersebut pada lautan itu

Ulasan

Berdasarkan penjelasan hadist di atas orang yang berilmu lebih cenderung kepada kesombongan oleh karena itu berhati-hatilah. Disebabkan kesombongan inilah Nabi Musa a.s. mendapat teguran dari Allah. Seperti di jelaskan oleh Al-Ghazali dalam Ihya’nya bahwa kesombongan orang yang berilmu itu dari awal niatnya sudah salah. Mempelajari ilmu haya untuk berdebat, ingin dipuji dan merasa tinggi hati lalau timbullah persaan menganggap orang lain bodoh. Lantas orang yang berilmu memiliki sifat demikian lebih dekat dengan neraka. Diingat kembali, sebagai mana ucapan  Pythagoras, kita bukanlah orang yang ahli ilmu melainkan pencari ilmu. Sesungguhnya selama hidup seseorang itu dihabiskan untuk mencari ilmu semata maka tidaklah ia mengetahui semuanya. Perlu dicamkan ucapan Khidir “sesungguhnya kamu memiliki sesuatu ilmu yang telah Allah berikan kepada kamu. Dan aku tidak mengetahuinya. Sebaliknya aku juga memiliki salah satu ilmu Allah yang telah diberikan kepadaku. Dan kamu tidak megngetahuinya”.

Kesimpulan

Mengambil ikhtibar dari hadist di atas maka Allah tidak menyuki orang yang berilmu merasa sombong dan menganggap rendah orang lain. Jik Allah sudah tidak menyukainya maka jurang nerakalah tempat yang kembalinya orang tersebut. Oleh karena itu mengingat kembali pesan Al-Ghazali  agar kita berhati-hati terhadap penyakit sombongnya ilmu. Guna mempelajari ilmu ialah untuk memperbaguskan amal dan mengenal Tuhan bukan untuk menegakkan kepala dan merasa mulia. Sombongnya ilmu ini merupakan penyakit orang yang memilikinya oleh karena itu jika tidak berhati-hati orang yang berilmu lebihd ekat dengan jurang neraka.



[1] Hadist riwayat Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim nomor 170 dan 172 Jilid 4.