Sabtu, 18 Agustus 2012

Sinopsis: INSANULKAMIL ISLAMIC CENTRE






INSANULKAMIL ISLAMIC CENTRE

Alasan ditubuhkan
      Memperhatikan keadaan semasa masih banyak di kalangan masyarakat muslim yang tidak boleh membaca al-Quraan dengan baik dan memahaminya. Dengan pelbagai alasan-alasan tertentu di antaranya faktor masa, tempat belajar, tenaga pengajar, kos pembelajaran dan sebagainya.
      Al-Quraan adalah panduan hidup umat Islam dan termaktub dalam Rukun Iman yang ke tiga, mempelajari dan mengamalkannya adalah suatu kewajiban (Fardhu ‘ain) yang disyariatkan kepada setiap individu muslim. Oleh kerana itu apapun alasannya tidak dapat menggugurkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah S.W.T. itu. Bagi mereka yang mengabaikan tuntutan syariat tersebut akan terjatuh dalam lingkaran berdosa besar. Kerana itu perlu adanya suatu badan khas bagi mengatasi masalah tersebut.
      Persatuan PENGAJIAN AL-QURAAN & SOSIAL KEBAJIKAN INSANULKAMIL BANGI-SELANGOR ditubuhkan untuk membantu individu dan masyarakat muslim umumnya yang berkeinginan mempelajari al-Quraan dan mendalami kefahaman tentang ilmu-ilmu Islam. Pihak insitusi menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat, masa belajar, lokasi belajar, tenaga pengajar, pengorganisasian pembelajaran dan aktiviti keagamaan serta kemudahan-kemudahan lainnya. Program diadakan secara percuma. Mengingat tugas tersebut adalah kewajiban kita semua, agar terlaksananya dengan baik pencapaian yang hendak dijalankan pihak pengurusan sokongan Puan/Tuan sangat kami aluh-aluhkan.

Visi dan misi
§  Menjana masyarakat Rabbani berteras al-Quraan dan Sunnah.
§  Mengeratkan hubungan persaudaraan antar sesama muslim saling mengasihi, tolong-menolong dan semangat persefahaman.
  
Objektif 
§  Meninggikan syiar Islam
§  Membudayakan nilai-nilai Islam dalam bermasyarakat.
§  Meningkatkan kefahaman tentang pengetahuan Islam di setiap lapisan masyarakat dan generasi.

Program 
§  Pengadaan ceramah-ceramah agama di surau-surau program khusus Sabtu-Ahad.
§  Pembentukan Tim Remaja Rabbani bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.
§  Program Aulad Muslim khusus anak-anak berumur 6-12 tahun bagi membina anak yang soleh dan soleha.
§  Perkhidmatan tenaga pengajar al-Quraan bagi individu yang ingin belajar di rumah, pejabat dan lain-lain lokasi.
§  Menyediakan tempat dan kelas pembelajaran al-Quraan khusus Sabtu-Ahad secara percuma terbuka kepada masyarakat umum bagi dewasa dan kanak-kanak.
§  Mengoraganisasikan sukarelawan bagi membantu kerja-kerja dakwah dan sosial kebajikan.
§  Mengadakan kerja-kerja sosial amal seperti pembersihan tempat-tempat ibadah dan rumah-rumah penempatan anak Yatim. Sokongan ke atas Pusat-pusat pembalajaran Tahfiz al-Quraan.
§  Bimbingan rohani dan motivasi al-Quraan di sekolah-sekolah
§ Pengadaan tempat pengajian bagi daerah  atau kawasan yang belum terbentuknya kelas pembelajaran al-Quraan dengan baik.