INSANULKAMIL ISLAMIC CENTRE
Alasan ditubuhkan
Memperhatikan keadaan
semasa masih banyak di kalangan masyarakat muslim yang tidak boleh membaca
al-Quraan dengan baik dan memahaminya. Dengan pelbagai alasan-alasan tertentu
di antaranya faktor masa, tempat belajar, tenaga pengajar, kos pembelajaran dan
sebagainya.
Al-Quraan adalah panduan
hidup umat Islam dan termaktub dalam Rukun Iman yang ke tiga, mempelajari
dan mengamalkannya adalah suatu kewajiban (Fardhu ‘ain) yang
disyariatkan kepada setiap individu muslim. Oleh kerana itu apapun alasannya
tidak dapat menggugurkan kewajiban yang telah ditetapkan Allah S.W.T. itu. Bagi
mereka yang mengabaikan tuntutan syariat tersebut akan terjatuh dalam lingkaran
berdosa besar. Kerana itu perlu adanya suatu badan khas bagi mengatasi masalah
tersebut.
Persatuan PENGAJIAN
AL-QURAAN & SOSIAL KEBAJIKAN INSANULKAMIL BANGI-SELANGOR ditubuhkan
untuk membantu individu dan masyarakat muslim umumnya yang berkeinginan mempelajari
al-Quraan dan mendalami kefahaman tentang ilmu-ilmu Islam. Pihak insitusi
menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat, masa belajar, lokasi belajar,
tenaga pengajar, pengorganisasian pembelajaran dan aktiviti keagamaan serta
kemudahan-kemudahan lainnya. Program diadakan secara percuma. Mengingat tugas
tersebut adalah kewajiban kita semua, agar terlaksananya dengan baik pencapaian
yang hendak dijalankan pihak pengurusan sokongan Puan/Tuan sangat kami
aluh-aluhkan.
Visi dan misi
§ Menjana masyarakat Rabbani berteras al-Quraan dan Sunnah.
§ Mengeratkan hubungan persaudaraan antar sesama muslim saling
mengasihi, tolong-menolong dan semangat persefahaman.
Objektif
§ Meninggikan syiar Islam
§ Membudayakan nilai-nilai Islam dalam bermasyarakat.
§ Meningkatkan kefahaman tentang pengetahuan Islam di setiap lapisan
masyarakat dan generasi.
Program
§ Pengadaan ceramah-ceramah agama di surau-surau program khusus
Sabtu-Ahad.
§ Pembentukan Tim Remaja Rabbani bagi mengatasi masalah sosial di
kalangan remaja.
§ Program Aulad Muslim khusus anak-anak berumur 6-12 tahun bagi
membina anak yang soleh dan soleha.
§ Perkhidmatan tenaga pengajar al-Quraan bagi individu yang ingin
belajar di rumah, pejabat dan lain-lain lokasi.
§ Menyediakan tempat dan kelas pembelajaran al-Quraan khusus
Sabtu-Ahad secara percuma terbuka kepada masyarakat umum bagi dewasa dan
kanak-kanak.
§ Mengoraganisasikan sukarelawan bagi membantu kerja-kerja dakwah dan
sosial kebajikan.
§ Mengadakan kerja-kerja sosial amal seperti pembersihan
tempat-tempat ibadah dan rumah-rumah penempatan anak Yatim. Sokongan ke atas
Pusat-pusat pembalajaran Tahfiz al-Quraan.
§ Bimbingan rohani dan motivasi al-Quraan di sekolah-sekolah
§ Pengadaan tempat pengajian bagi daerah atau kawasan yang belum terbentuknya kelas
pembelajaran al-Quraan dengan baik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar