Minggu, 20 November 2011

Faktor-faktor mempengarhui perkahwinan lewat wanita di Malaysia


Pengenalan
Suatu kajian dijalankan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkhawinan lewat di kalangan wanita Malaysia. Subjek kajian terdiri dari 160 sampel yang diklasifikasikan kepada dua kategori sampel  mereka yang berkahwin awal 80 sampel dan  80 sampel lainya wanita yang terlambat menikah. Kajian tersebut menggunakan empat jenis alat ukur pentadibran kajian menggunakan The Statisfaction with Life Scale  untuk kepusasan hidup, Culture-free  self-esteem dan untuk dewasa (From AD) menguji penghargaan  kendiri Multidimensional Scala of  Perecieved Social support untuk  sokongan sosial dan rasa tanggung jawab keluarga.

Faktor yang dijankakan penyebab perkahwinan lewat

1.      Tempat tinggal. Kajian menunjukkan terdapat pebezaan sigiifikan dari segi tempat tinggal antara wanita nikah lewat dan wanita nikah awal. Didapati wanita yang hidup di Bandar  cenderung berkahwin lewat. Hal ini dijangkakan mempunyai pengaruh tersendiri bagi wanita ketika henak berkawhin. Wanita di bandar lebih mementingkan materialistik dimana faktor seperti tempat tinggal dan kewangan lebih penting daripada pasangan. Mereka kebanyakan cenderung berpikiran merasa tidak boleh meneruskan pernikahan tanpa terjamin aspek material terlebih dahulu. Hasil ananilisi data menunjukkan 78.7 % wanita di Bandar didapati terlambat berkahwin dan 21.2 % didapati pada wanita yang tinggal di luar Bandar.

2.      Pendidikan. Faktor pendidikan memiliki hubungan yang signifikan dalam mempegaruhi keterlambatan wanita di Malaysia berkahwin. Kajian menunjukkan wanita yang memiliki pendidikan tinggi rata-rata terlambat menikah yang mencapai umur 30 tahun ke atas. Jadwal hasil taburan skor yang dikaji mengikut kategori pendiikan subjek dari  Sekolah Menenga Rendah hingga Universiti. Frekuensi menunjukkan sebagai berikut:

Taraf  Pendidikan
Berkahwin lewat%
Berkahwin awal%
Sek. Men. Rendah
7.5
32.5
Sek. Men. Tinggi
7.5
38.75
Tingkatan enam
7.5
8.75
Diploma
16.25
12.5
Ijazah
61.25
7.5

3.      Peranan dalam keluraga. Tangungjawap keluarga juga termasuk faktor yang mendominasi banyak di kalangan wanita di Malaysia terlambat kahwin dikeranakan ini. Daptan kajian menemukan terdapat hubungan yang sifnifikan antara tanggungjawap keluarga dengan keterlambatan menikah. Faktor-faktor ini berpunca seperti bilagnan adik beradik, tanggung jawap ekonomi dalam menutupi keperluan keluarga. Jumlah frekuensi wanita yang memiliki tanggungjawap kuarga yang terlambat menikah didapati pada mereka yang berekonomi kurang mampu angka mencapai  57.3%  di temui pada wanita yang kebanyakan memiliki ramai adik beradik

4.      Faktor pasangan. Didapati banyak  wanita yang terambat berkahwin dikarenakan sukar menemukan pasangan yang istimewah atau pilihan hatinya. Keputusan kajian mendapapti terdapat hubungan yang signifikan dari segi faktor orang istimewah  di antara wanita yang kahwin lewat  dan dewasa yang kahwin awal pada 30 tahun ke atas. Kajian ini memerincikan faktor pasangan ini banyak berpunca dari gaya hidup, peranan sosial masyarakat  dan termasuk pengaruh sokongan keluarga. Kaum wanita di bandari kebanyakan memilih pasangan yang punya pekerjaan bagus,  gaji besar dan dan yang jelasnya dapat menutupi keperluan dari segi ekonomi. Perkara ini kebanyakan di dapati pada wanita-wanita yang hidup di Bandar. Meski dadar frekuensi tidak terlalu tinggi yang hanya mencapai 13.4 %  dan hanya 6 % wanita yang tinggaal diluar Bandar.


Pembahasan

Banyak di kalangan wanita yang hidup di Bandar mengalami keterlambatan menikah di antara faktor-faktor pengahalangnnya seperti yang telah disebutkan di atas. Perkahwinan lewat dapat menjejaskan dan memberi pengaruh ke atas pertumbuhan penduduk  di mana jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci Penduduk tahun 2000 hanya  23. 27 juta berbanding dengan tahun 1991 yang hanya 18.38 juta.  Berdasarkan perkiraan ini pertumbuhan penduduk Malaysia  purata  tahunan hanya mencapai 2.6 % untuk tempoh 1980-1991  yang juga mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan 2.6 %.  Dengan kadar pertumbuhan sebanyak itu mengalami kemerosotan  dan akibatnya kekurangan tenaga dalam membangunkan bangsa. Kaum wanita terkadang sering mengabaikan perkahwinan dengan alasan bermacam-macam terutama sekali masalah kebebasan. Tidak mahu terikat dengan suami, mengurus anak, dan hal-hal lainnya. Jika masalah ini tidak diatasi dengan sebaik-baiknya terutama sekali memperbetulkan gaya hidup dan pola pikr kaum wanita maka dijangkan kemerosotan pertumbuhan akan terancam dan ini membahayakan bagi kelangsungan hidup manusia itu sendiri.

Refrensi
Data diambil dari tesis “ Faktor-faktor yang mempegnaruhi perkahwinan lewat di kalangan wanita Malaysia”.  Chew Yen Ni. Pustaka Jabatan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malyasia, 2006.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar