Selasa, 30 Agustus 2011

Mengenal Permasalahan kanak-kanak malas belajar


Faktor internal
Faktor internal ialah penyebab yang terdapat dalam diri individu itu sendiri ia terdiri dari faktor fisiologi dan psikologi.
       i.          Faktor-faktor fisiologi seperti masalah kesihatan, cacat, perkembangan dan pemakanan.
     ii.          Faktor-faktor psikologi diantaranya IQ, bakat, minat, motivasi, semangat, rajin dan sebagainya.

 1.3.3 Faktor eksternal
Faktor-faktor ekternal terhasil melalui interaksi luaran dan persekitaran ia dikelompokkan kepada dua bahagian:
       i.          Faktor sosial, meliputi hubungan ibu bapa terhadap anak, cara yang dilakukan dalam mendidik anak, bimbingan ibu bapa, kawan sebaya, hubungan dengan guru, pengaruh media, suasana di rumah atau di sekolah.
     ii.          Faktor non sosial, termasuklah tahap sosioekonomi, alat permainan, disiplin, kurikulum dan masa belajar.

1.3.4 Masalah kesukaran belajar
Pelajar yang mengalami kesukaran belajar dapat di kelompokkan menjadi beberapa bahagian yang dapat dikenal pasti:
1.     Dilihat dari jenis kesukaran belajar:
·       Ada yang berat.
·       Ada yang sedang.
2.     Ditinjau dari mata pelajaran yang di pelajari:
·       Ada yang sebahagian mata pelajaran.
·       Ada yang keseluruhan mata pelajaran.
3.     Dianalisa dari sudut kesulitannya:
·       Ada yang tidak terlalu lama.
·       Ada yang sangat lama.
4.     Dikaji dari aspek penyebabnya:
·       Ada yang bersumber dari faktor IQ.
·       Ada disebabkan selain dari faktor IQ.

         Selanjutnya mengenai pembahasan permasalahan kanak-kanak Hamzah (1996)[3] menjelaskan beberapa tingakah laku kacau bagi kanak-kanak. Istilah ‘kacau laku’ dicipta untuk mewakili pelbagai bentuk tingkah laku yang tidak sesuai, perkaara ini juga dikenal dengan ‘kenakalan’, di Barat tinggakah laku sperti ini dikenal dengan (disruptive) atau ‘tingkah laku kacau’ (disturbed). Ciri-ciri tingkah laku seperti ini:
  1. Tidak mahu bekerjasama. Cotohnya, degil.
  2. Agresi. Cotohnya, mengganggu dan menyakiti orang lain.
  3. Sentiasa mahukan perhatian. Contohnya, mengada-ada.
  4. Konsentrasi buruk. contohnya, enggan mengambil bahagian suka menyendiri.
  5. Ketakupayaan mental. Contohnya, lembab.
 Ciri-ciri kanak-kanak kacau laku dapat dibahagikan kepada dua bahagian sederhana dan serius Hamzah (1996)[4].
Kanak-kanak yang sederhana kacau laku:
1.     Lemah dari segi pencapaian akademik.
2.     Lemah dalam hubungan antara manusia.
3.     Lemah dalam konsep kendiri.

Kanak-kanak yang serius kacau laku:
1.     Pendiam dan enggan berbual.
2.     Pertuturan yang tak bermakna dan mengajuk cakap.
3.     Tingkah laku perangsangan kendiri yang sangat berlebihan seperti sentiasa menggawang-gawang tangan.
4.     Tingkah laku pemusnahan kendiri seperti menghantuk kepala.
5.     Kurang kemahiran mengemas diri dan menjaga kesihatan diri sendiri.
6.     Enggan melayan seperti berpura-pura pekak atau buta.
7.     Enggan menjawab soalan ujian.
8.     Kemahiran hubungan antara manusia yang buruk dan berhati kering kepada orang lain.
9.     Terlalu agresif tanpa provokasi.
10.  Suka memusnah harta sendiri dan harta orang lain.
11.  Gopoh dan hiperaktif.
12.  Suka Mencari perhatian daripada rakan dan guru.
13.  Mudah terganggu.

         Hamzah (1996)[5] adapun kanak-kanak sukar belajar terdiri dari beberapa jenis diantaranya ialah pelajar pangilan pencapai bawah (underachievers), pelajar lembam, pelajar lambat, murid benak (academically difficult) dan terencat akal. Selanjutnya kanak-kanak yang mengalami masalah kognitif dan yang bermasalah sosioemosi juga merupakan gologan sukar belajar. Secara amnya terdapat juga kanak-kanak yang normal mengalami gangguan pembelajaran. Ciri kanak-kanak sukar belajar:
1.     Kelemahan bahasa.
2.     Kelemahan mengira.
3.     Kelemahan dalam metaingatan.

         Kanak-kanak yang sukar belajar juga didapati rendah dalam konsep kendiri, harga diri dan konsep kendiri akademik.  Mereka tidak mempunyai dorongan dalaman dan harapan yang tinggi kepada prestasi belajar. Dari segi intraksi sosial pula kanak-kanak sukar belajar didapati mempunyai ciri-ciri:
1.     Kurang popular.
2.     Disingkir dalam pergaulan.
3.     Kurang menarik perahiatan oleh guru dan rakan.
4.     Kurang kerap berinteraksi dengan guru dan rakan.
5.     Datang dari golongan kelas sosial lemah.
6.     Tidak peka kepada perasaan orang lain.
7.     Tidak berupaya melihat dari sudut pandangan orang lain.
8.     Tidak berupaya membaca isyarat sosial seperti ekspresi muka dan utauan tangan.
9.     Tidak berupaya mentafsirkan perbezaan dalam nada suara semasa mendengar perbualan.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar