Kamis, 03 November 2011

Psikologi Motivasi di tempat kerja: Aplikasi teori Atribusi Heider


Menurut pengasas teori ini Heider, tingkah laku di tempat kerja diterangkan dengan konsep lokus kawalan atau locus of control. Perkataan lokus berasal dari bahasa Yunani yang bermakna ‘tempat’. Dari perkataan lokus inilah terbitnya perkataan lain seperti local dan lokasi. Bagi menerangkan teori lokus kawalan, scara mudahnya, apabila berlaku perkara yang tidak diingini, ataupun ada masalah, siapakah yang disalahkan: diri sendiri atau orang lain?
Apabila seseorang itu menyalahkan dirinya sendiri, dia dikatakan mempunyai lokus dalaman, manakala apabila ia menyalahkan orang lain, dia dikatakan mempunyai lokus luaran.  Penjelasan mengenai teori ini menerangkan tentang erti ‘pertanggungjawaban’ yakni siapa yang bertanggungjawab. Sesetenggah individu cenderung menyalahkan faktor-faktor luaran apabila ada sahaja perkara-perkara yang tidak betul berlaku. Tingkah laku lokus luaran mempunyai perkaitan erat dengan kegagalan dan rasa tidak puas hati.

Lokus kawalan dan kerjaya.
Kajian mendapati lokus kawalan mempunuyai perkaitan dengan kejayaan di tempat kerja mahupun dalam perhubugan interpersonal. Individu-individu yang mempunyai orientasi lokus dalaman atau internal locus lebih berjaya dan hidup lebih bahagia daripada mereka yang mempunyai orientasi lokus luaran (external locus). Salah satu cara mendorong orang bahawa mengubah tingkah laku mereka adalah dengan menerangkan kepada mereka perkaitan antara lokus kawalan dengan kejayaan mahupun kegagalan. Apabila seseorang itu melakukan sesuatu tugas, dia mepunyai tanggapan;
a.      Usaha ini harus berada dalam kawalannya sendiri.
b.     Hasil usahanya itu dikawal oleh faktor-faktor luaran yang tidak dapat dikawal olehnya.
Hasil kajian menunjukkan terdapat kakitangan yang mempunyai orientasi dalaman menunjukkan ciri-ciri berikut:
a.      Lebih berpuas hati dengan pekerjaan mereka.
b.     Cenderung bertugas di peringkat pengurusan.
c.      Lebih menyukai gaya pengurusan demokratik dan partisipatif.
d.     Sebagai pengurus memiliki keberkesanan dengan apa yang ia kerjakan.

Lokus kawalan dan kepuasan
Lokus kawalan amat mempengaruhi emosi. Disebabkan individu yang mempunyai orientasi lokus luaran mudah menyalahkan orang lain apabila ia timpah masalah atupun gagal, dia melihat dirinya sebagai tidak bersalah, sebaliknya dia adalah mangasa kepada apa yang dilakukan oleh pihak-pihak lain.  Tanggapan seperti ini menyebabakan individu tersebut mahu supaya pihak-pihak lain itu mengubah sikapp dan tingkah laku mereka, manakala dia sendiri tak perlu berubah. Lokus luaran mempunyai kesan negatif kepada hubungan interpersonal. Disebabkan  seseorang itu suka menyalahkan orang lain, dia merosakkan hubungan baiknya dengan orang lain.

Atribusi
Dari asal perkataan attribute dan attribution yang bermakna sifat ataupun ciri. Teori atribusi  lazimnya sukar difahami, tetapi sebenarnya teori ini amat simpel. Teroi atribusi mengatakan, manusia sentiasa cuba utnuk memahami dan menerangkan sikap dan tingkah laku manusia-mansuia lain. Ddalam poses cuba memahami kenapa orang lain berkata begitu ataupun berbuat begini, kita membuat bergam andaian ataupun persepsi yang cuba kita fahami sendiri. Dalam menilai tingakh laku dan niat orang lain menurut teori ini individu tersebut berpandukan:
1.     Apa yang ia ketahui tentang orang tersebut.
2.      Dengan membandingkan individu tersebut denagn orang lain yang menyerupai atau memiliki kemiripan baik dalam sikap mahupun yang lainnya.

Menurut penjelasan teori ataribusi Heider, tingakah laku seseorang itu didorong oleh kombinasi tanggapan ke atas faktor-faktor luaran dan dalaman. Faktor-faktor dalaman adalah berkatian secara langsung dengan ciri-ciri peribadi seperti bakat dan kebolehan kemahiran dan daya usaha. Faktor-faktor luaran barkait scara langsung dengan perkara-perkara dalam persekitaran.  Untuk menghindari dari bias dan anggapan negatif dalam meniali sikap dan tingkah laku orang lain hendaklah individu itu mengetahui melalui dua faktor peyebab tersebut dan tidak langsung memberi pelabelan sehingga menimbulkan keslahfahaman dalam membuat penilaian.

Pakar-palar psikolog mendapati cara-cara individu menilai roang lain dipengaruhi sama ada berdarkan faktor-faktor luran atau dalaman. Meurut displin psikologi apabila seseorang itu menilai orang lain cenderung melalui faktor dalaman maka ia berkemungkinan besar positif.

Kesepakatan: serupa seperti orang lain

Teori lokus kawalan mengatakan, apabila individu itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adat dan kebiasaan, kita cenderung mengatakan perbuatan itu disebabkan oleh sifat-sifat peribadinya sendiri, atau di sebut dorongan dari dalam. Apabila seseorang itu melakukan perbuatan sesuai dengan adat dan kebiasaan maka orang cenderung mengatakan perbuatan itu disebabkan oleh faktor-faktor luaran atu persekitaran. 

Konsisten: serupa sepanjang waktu

Apabila seseorang itu menilai perbuatan individu lain dan bertanya, “adakah orang ini sentiasa berbuat  begitu dalam keadaan-keadaan yang serupa?” apabila jawapannya “ya”  ia mengtakan perbuatan tersebut berpunca dari factor dalaman. Dan apabila “tidak” dikatakan tingkah laku terseut disebabkan faktor luaran.

Amat berbeza: serupa sahaja walaupun dalam situasi berlainan

Walau bagaimanapun seseorang itu cuba memahami dan mengetahui individu-idividu lain, ia tak akan mungkin benar-benar mengetahui dan memahami mereka.  Menurut teori ini manusia sentiasa membuat penilaian apabila seseorang itu tetap melakkukan perbuatan yang sama walaupun dalam situasi yang berbeza maka orang akan membuat persepsi perkara itu disebabkan faktor dalalaman.

Atribusi bela diri

Salah satu tingkah laku yang mungkin pada para pengurus merka mempersalahkan orang bawahannya. Menurut pakar psikologi mengenal pasti jenis kesilapan berfikir  yang diistilahkan sebagai kesan atribusi bela diri (defensif).  Seperti kita menyalahkan nasib perkara itu disebabkan kita hendak membela-diri. Gejala atribusi bela-diri ialah kecenderungan seseorang mempersalahkan orang lain atau sesuatu selain dirinya. Perkara ini memiliki sisi baiknya kerana ia boleh menyelamatkan emosi seseorang dari keterpurukan tapi di sisi lain membuat orang itu lambat dalam memperbaiki kesalahan-kesalahannya.

Linner Miller dalam kajiannya mengungkapkan “kita sering beranggapan bahwa apa yang menimpa orang lain tersebut memang ia layak menerimanya”. Tapi menurut pembelaan pakar psikologi bahawa bukan setiap apa yang menimpa seseorang berdasarkan kelaykan justeru terkadang sebaliknya. Contohnya, orang yang terkena musibah bukan sahaja mereka yang pernah melakukan perbuatan buruk bahkan juga menimpa orang yang baik sekalipun.

Menurut Weiten, seseorang itu cenderung membuat penilaian  berdasarkan asumsi yang tidak ia ketahui permasalahan yang sebenar tetapi ia berani mebuat suatu keputusan dalam penilaian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar