Selasa, 06 September 2011

Asal usul kejadian alam berbentuk asap penemuan sains dan bukti kebenaran Al-Quraan


Ketika ahli kosmologi alam smesta ini mengatakan pada awalnya terwujud alam semesta ini berbentuk plasma. Plasma ini menyerupai bentuk awan gas. Awan gas inilah mengembang suatu saat  selepas letupan besar yang amat dahsyat dan suhu alam semesta ini ketika itu telah jatuh kepada 10 bilion derajat. Selain daripada permulaan kejadian alam semesta ini berasal dari bentuk awan gas, menurut suatu hipotesis  yang dinamakan Nebula Hipotesis, asal usul sistem solar dalam bentuk cakera gas, yang terbentuk daripada keruntuhan gravitas awan dan gas (kebanyakan H2 dan He) yang berputar.

Kemudian kita tinjau dari penjelasan al-Quraan diterangkan dalam surah al-Fusilat ayat 11, Allah menjeskan tentang asal mula terciptaanya langit dalam bentuk asap kemudian memadat dan dipastikan langit tersebut akan mencair kembali ketika dunia Kiamat.

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya  dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah Ku dengan senang hati atau terpaksa”, kedua-duanya menjawab” kami datang dengan suka hati”. (al-Fuslita:11).

Dalam bahasa Arab perkataan asap (dukhan), Dalam sain asap disebutkan bentuk-bentuk jirim yang terapung di udara. Menurut Ibnu Kastir  perkataan dukhan dalam ayat ini ialah uap air yang dihasilkan dari pembentukan bumi ini. Ini menunjukkan apa yang dinyatakan al-Quraan adalah benar, tida kerguan padanya. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar