Jumat, 02 September 2011

Bibliografi Imam Al-Ghazali




Abu Hamid Al-Ghazali (450-505 H/1058-1111 M) beliau adalah seorang tokoh pemikir muslim yang hidup pada akhir zaman keemasaan Islam, di bawah khilafah Abbasiah yang berpusat di Bakhdad. Pada masa beliau hidpup situasi politik dan ilmiah mengalami krisis, baik karna motivasi idiologie mahupun entnis dan ambisi duniawi. Ketika itu para ulama, termasuk Al-Ghazali sampai usia tertentu serius mengembangkan dan mencari ilmu untuk mencapai kedudukan tinggi di mata umat mahupun penguasa (talab al-jah). Sebaliknya penguasapun berusaha mendekati ulama untuk meperkuat posisinya di mata umat. Di sisi lain, kolaborasi ulama Sunni dengan umara’ Sunni (dinasti Saljuk) ini merupakan sesuatu yang logis sebab mereka menghadapi musuh yang sama, iaitu kaum filosof, Mu’tazila dan Syi’ah terutama sekali Isma’iliyyah/Batiniyyah dengan pusat pemerintahannya yang tangguh (negara Fatimi di Mesir), negara Bani Sulaihi di Yaman, negara Qaramitha di Bahrain dan banteng Alamaut di utara Abbasiah. Sementara itu kekuatan Kristen Eropa merupakan ancaman serius sampai tercetusnya Perang Salib abad pertengahan babak pertama terjadi di masa Al-Ghazali (490 H/1096 M).

Menurut pengakuan Al-Ghazali sendiri, ia yang genius dan kritis sejak kecil lagi menghadapi pertingkahan banyak agama, aliran yang kontroversial, dalam Isalam adalah aliran Mutakallimin, Filosof, Ta’limiyyah, dan kaum Sufi yang masing-masing mengklaim alirannya lah yang paling benar. Sementara Al-Ghazali banyak memahami hadist-hadist Rasulullah yang paling benar itu ila al-Quraan dan Sunnah. Dari sinilah timbulnya pertanyaan dalam hatinya tentang mana kebenaran yang tunggal dan apa standard kriteria kebenaran itu, serta dorongan yang kuat untuk mencari dan menemukan ilmu yaqini sebegai kebenaran mutlak yang pasti dan universal pula. Dari sinilah beliau terjun ke dalam semua bidang pengetahuan hingga ke jantungnya yang paling dalam. Latar belakang tersebut membuat Al-Ghazali muncul sebagai  seorang sufi filosof yang mutakallimin dan faqih besar yang oleh Marokhi disebut sebagai “ensiklopedi” semua disiplin ilmu pengetahuan di zamannya. Disatu pihak, Al-Ghazali mendapat gelar Hujjat al-Islam (argumen Islam) dan dinyatakan oleh Ibnu ‘Asakir sebagai Mujaddid (pembaharuan Isalm) abad ke-5 Hijriyah.

Al-Ghazali beliau hdiup di masa kepemimpinan Nizam al-Mulk- yang menjadi wazir selama 30 tahun  pada masa pemerintahan sultan Alp Arslan Malik Syah yang berperan membawa Ababasyiah kepuncak kejayaan kembali. Pada masanya didirikan madrasah-madarasah Nizzamiah di Bakhdad dan di Nesapur yang di pimpin oleh Imam al-Haramain al-Juaini tempat Al-Ghazali belajar. Kebesaran Abbasiyah berubah darastis sepeniggal Nizam al-Mulk dan Malik Syah (485 H) diikuti pula prubahan drastis dalam kehidupan Al-Ghazali, akhirnya beliau menarik diri dari Bakhdad akhir tahun 488 H. untuk berkhalawat mencari ilmu yaqini di Syam dan sekitarnya. Masa inilah digunakan oleh imam Al-Ghazali untuk menulis, bukunya yang terkenal Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kemudian perjuangan beliu dilanjuti oleh muridnya yang bernama Muhammad bin Taumart yang bergelar al-Mahdi untuk menghancurkan Murabitin. Sejarah menyimpulkan bahwa Al-Ghazali hidup dalam tradisi yang sudah terpisah dari tradisi politik. Sampai masa Al-Ghazali akumulasi ilmu pengetahuan sudah memuncak seperti usul fiqh, ilmu hadist, ilmu-ilmu naqliah, ilmu sosial, ilmu alam dan lain sebagainya. Sehingga imam Al-Ghazali sebagai pengembang dan memodifikasi dari apa yang sudah ada sebelumnya.

Gibb dan Karmers menrangkan secara tepat bahwa yang menerangkan riwayat Al-Ghazali ialah karnyanya sendiri. Nama lengkap imam Al-Ghazali Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad ibnu Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali al-Tusi lahir di Tus 450 H/1058 M. ia di gelar Abu Hamid karna mepunyai putra bernama Hamid yang meninggal sewaktu kecil. Tentang asal beliau apakah dari Parsi atau Arab masih diperselisihkan. Ia terkenal dengan sebutan “Al-Ghazzali” (dobel “z”) dan kadang disbut Al-Ghazali. Tidak diketahui banyak tentang keluarga beliau. Abd al-Gafir hanya menyebut nama ayahnyya bernama Muhammad dan nama kakeknya, Muhammad. Ibn Khalikan menanambahkan nama datuknya, Ahmad. Ayah Al-Ghazali adalah seorang penenun bulu domba dan menjualnya di pasar Tus dia wafat ketika Al-Ghazali berusia 6 tahun. Tapi ibunya sempat melihat masa-masa bintangnya Al-Ghazali yang tersohor dan popular.

Keseluruhan masa hidup iamam Al-Ghazali dibagi dalam tiga fase
1.      Priode Bakhdad dan sebelumnya: fase Tus, fase Jurjan, fase Nesapur, fase Mu’askar dan fase Bakhdad.
2.      Priode pasca Bakhdad: fase ‘Uzlah, Nesapur II, fase Tus II. Priode ini sering disebut priode pra-Sufi.
3.      Priode Sufi.

Pada masa ini ayahnya menitip Al-Ghazali pada kawannya penganut tasawwuf  untuk mendidik kedua anaknya dengan imbalan harta warisannya sampai harta itu habis. Kemudian kedua anak itu masuk madrasah. Setelah itu Al-Ghazali mempelajari fiqh dengan Ahmad ibn Muhammad di samping mempelajari ilmu-ilmu yang lain, di madrasah Nizamiyyah Tus. Beliau adalah anak yang genius dan kritis semenjak kecil. Dari Tus Al-Ghazali meneruska studinya ke Jurjan pada Imam Abu Nasr al-Isma’ili diduga kuat beliau belajar di sini selama 5 tahun. Kemudian Al-Ghazali bersama pemuda Tus melanjutkan studinya di Nespur pada Imam al-Haramain selam 5 tahun 437-478 H. samapi wafatnya Imam al-Haramin. Ketika itu jumlah seluruh pelajar Nespur sebanyak 400 siswa. Imam al-Haramain, yakni Abu al-Ma’ali Abdul al-Malik al-Juaini (419-478 H). beliau merupakan tokoh keempat mazhab tologi Asy’ariyah. Sepeniggalnya Imam al-Haramain, 25 Rabul akhir 478 H, Al-Ghazali Meninggalkan Nesapur menuju Wazir Nizam Al-Mulk di Mu’askar. Disini ia tinggal ± 6 tahun bersama isteri dan tiga putri beliau sejak wafatnya Imam al-Haramain  sampai ketika pindah ke Bakhdad, Jumdil al-Ula 484 H, dengan tiga kegiatan pokok: debat, diskusi-diskusi ilmiah dan bertafakur.

Pada fase Bakhdad, Nizam Al-Mulk mengangkat Al-Ghazali menjadi Guru Besar sekaligus Rektor Nizamiyyah Bakhdad dalam usia beliu 34 tahun. Berlangsung selama 4.5 tahun sejak Jumadil al-Ula 484  H sampai Zulqaidah 488 H, disebabkan banyak  terjadinya konflik dan persetruan akhirnya beliu mengundurkan diri dengan mewakafkan seluruh kekeyaanya kecuali sekedar bekal untuk keluarga. Pristiwa ini merupakan catatan penting bukan saja menentukan pemikiran dan kehidupan Al-Ghazali seterusnya, tetapi juga turut mengubah arah perkembangan dan pemikiran kehdiupan dunia Islam selanjutnya dari corak rasionalistik-formalistik-parsialistik kepada corak sintetik-integralistik kembali.

Kemudian beliau kembali lagi ke Nizamiayah Nesapur Zulqaidah 499 H.  mengenai ini Al-Ghazali mengatakan, “ Kemudian aku masuk ke Syam, di sini aku bermukim hampir 2 tahun. Aku tidak mempunyai kesibukan selain ‘Uzlah (mengasingkan diri), Khalawat, riadho, mujahadah” (al-Munqiz hlm. 49). Beliau mengajar di sana antara tahun 499-503 H, selama itu beliu berkecipung dalam tasawwuf. Dalam fase Nesapur II inilah beliau banyak mengarang kitab.

Bertepatan fase Tus II, beliu menjalani dan mengajar hidup Sufi bersama kawan-kawannya juga memperdalamkan lagi kajian mengenai Al-Quraan dan Hadist. Beliau Wafat hari Senin, 14 Jumadil akhir 505 H/ 18 Desember 1111 H, dalam usia 53 tahun di makamkan di Tabaran, Tus Kurasan.

Indeks
Dr. Saieful Anwar Filasafat ilmu Al-Ghazali Dimensi Ontologi dan Aksiologi. Cv. Pustaka Setia.Bandung-Indonesia.
Ibnu Khaldun, 1992, Kitab al-‘Ibar wa Daiwan al- Mubtada’ wa al-Khabar, Beirut, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, jld. III, hlm. 537-567, IV, hlm. 3-82 dan Hasan Ibrahim Hasan.
Komisi Nasional Mesir untuk UNESCO, 1986 Sumbangan Islam kepada Ilmu dan Kebudayaan, term, Ahmad Tafsir Bandung, Pustaka, hlm. 109-338,
H.A.R. Gibb & J.H. Kramers, ed, op cit, hlm. 113.
Dimuat lengkap dlm Al-Subki, op it,IV, 203-214.
Identitas ‘Abd al-Gafir dan studi di Jurjan, IV hal. 203-204 dan hlm.195-196.
Muhammad Farid Wajdi, ed, t.t, Da’irat Ma’arif al-Qarn al-Isyrin, Beirut Lebanon. Dar al-Ma’arifah, hlm. 65-68.
Al-Ghazali al-Munqiz hal. 9,27, 49.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar