Sabtu, 03 September 2011

Permulaan kejadian alam semesta “Big Bang” Penemuan sains dan Al-Quraan


Permulaan kejadian alam semesta “Big Bang” Penemuan sains dan  Al-Quraan

Mengenai permulaan kejadian alam semesta sebagaimana di jelaskan dalm al-Quran:

“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu yang padu. Kemudain kami pisahkan antara keduanya. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman”. (al-Anbia’: 30).

Berdasarkan ayat diatas yang dapat ditarik kesimpulan mengenai asal usul permulaan kejadian alam semesta dan juga permulaan kehdupan organisma hidup. Kata  ratqa (litah al-Quraan), bermaksud suatu unit. Kata fataq, nbermakna dipisahkan. Menurut tafsir Ibnu Katsir apa yang dimaksudkan dengan langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu, kedua-duanya merupakan satu kesatuan kemudian Allah memisakannya.

Ahli kosmologi yang kebanyakannya bukan beragama Islam bahkan ada juga diantara mereka yang ateis membuat kajian-kajian dan mereka menemukan satu teori yang dinamakan “Bing Bang”. Lebih kurang 15 bilion tahun yang lalu di jangkakan satu letupan yang maha hebat telah berlaku. Apa yang berlaku seblum itu tidak diketahui oleh ahli sains. Kajian ini bukan satu kejadian seperti “letupan” yang biasa difahami melainkan ia suatu kejadian mengisi ruang dengan jirim-jirim yang menjadi asas pembetukan alam semesta. Sejak letupan itu berlaku alam semesta ini terus menerus mengembang yang menyebabkan jaraknya semakin jauh antara galaksi.

Ribuan tahun ahli astronomi berusaha untuk menjawab seperti ukuran dan umur alam semesta ini. Adakah ia akan wujud selama-alamanya atau akan musnah suatu ketika nanti.  Pada tahun 1929  seorang pakar astronomi Edwin Hubble menemui satu penemuan penting yang menjawab persolan-persoalan tersebut. Dapatan kajian beliau menyatakan bahwa alam semesta ini mengembang. Apabila ahli sains mengetahui bahwa alam ini mengembang  maka mereka menyadari bahwa awalnya alam ini dahulunya lebih kecil dan pada titik tertentu alam ini  pasti datangnya  dari titik yang sama. Titik inilah yang dinamakan Big Bang.  Para pakar astronomi mengatakan bahwa alam ini berbentuk tertutup  yang pada akhirnya akan mengecut kembali.

Fenomena alam yang mengembang dalam al-Quraan dijelaskan:

“Dan langit itu kami bangun dengan kekuasan Kami dan kami benar-benar mampu meluaskannya”. (az-Zurriat: 47).

Penjelasan al-Quraan mengenai alam mengecut:

(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagaimana menggulung lembaran-lembaran kertas. Seperti Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan menggulunginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati, sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya. (al-Anbia:108).



Tidak ada komentar:

Posting Komentar